Dec 2, 2012

1434 Hijrah!

Alhamdulillah., syukur setinggi tinggi syukur kpd hadrat Illahi, yg masih mahu meminjam nyawa dan oksigen kpd aku. Aku rasa dah tiba aku menghamburkan segala rasa, segala duka,  

 AKU KENA MOVE ON!

Actually semalam aku balik dr bicara selebriti kat KB, Ustaz Azhar pun ada okay :)
Dan ini memantapkan aku lagi untuk berubah, tahun hijrah, tahun baru Islam, kalu dah tiap2 tahun g tahun baru, azam aku dah ada, cuma tinggal aku nk wat atau tak kan?
Susah, susah sangat, tapi apa salahnya mencuba kan?

Sebab aku takut, bila nyawa di ambil nanti, Allah tanya aku apa aku wat atas dunia? Apa aku nk jawab? Rasa mcm x cukup lagi amalan, Allah, aku x sanggup, diri ini hina sangat, dosa banyak, erm...

Tahun Hijrah 1434! Ini list aku, rasanya x terlambat lagi aku nk ucap kan?

  • Aku nak usaha sebaik mungkin menjadi wanita idaman lelaki soleh, agama kena lengkap, biar muka x lawa. And aku rasa menyesal sangat2 sebab aku lambat sedar, sedar aku patotnya pakai tudung labuh. Sebab segala jenis asset yg ada dekat aku ini untuk husband aku nanti. Better late than never right? So sekarang, aku tengah usha2 tudung2 yg ada. Moga di buka pintu hati untuk betol2 ke arah itu. :)

  • And aku rasa mcm x cukup lengkap lagi segala ilmu, rasa mcm nk tadah byk2, nak tau semua. Sebab dulu aku xde ilmu jadi terjebak pelik2. Astargfirullahalazim. Kena banyak upgrade iman, lagi2 nk jadi bakal isteri. Untungkan mane2 lelaki dapat isteri solehah, pahala byk, dosa kurang. Wallualam.

  • Cinta? Haa, part ni paling kriktikal dlm hidup aku sekarang, setelah 9 bulan  berhempas pulas, bermuram durja. Seri kat wajah pun hilang, Allah gantikan rasa sakit bertalu2. Tapi aku tahu akan ada sinar yg benar bahagia di sebalik rasa sakit ini. Sakit sebab ape? Sebab aku ikhlas, sangat ikhlas. Sampai aku rasa aku tak layak, dia jauh lebih better dari aku. Mana mungkin gagak dengan enggang bersatu. Lama2 aku mula sedar, sehebat mana cinta manusia, x sehebat cinta Allah pada manusia. Jadi aku berhenti mengejar cinta manusia, aku nak kejar cinta Allah. Cinta halal. Khusyuk. Tenang. 
     
    Aku yakin setiap jodoh itu Allah sudah tentukan, cuma Allah tengah sembunyikan dia dari aku sbb aku x sedia lagi, Allah hadirkan org yg salah, utk aku belajar apa itu cinta dalam Islam. Apa itu rasa rindu. Rasa jiwa penuh dengan kasih sayang.

  • Cita2? Selepas aku dah godek2 segala cerita, aku korek dari senior, alih2 tinggal setahun setengah lagi nk grad. So now tgh tinjau tempat praktikal, nak terus kerja situ, semoga Allah permudahkan. Dalam kepala aku dah mcm2 rangka masa depan, untuk diri aku, untuk umi abah, and for sure ade contigency planning. Aku harap sangat2 senang nk dapat kerja, well, aku x genius okay. Cousin aku cakap budak akaun gaji beza rm500 dari budak business lain. Buat aku rasa semangat! Jyeaah! 


Aku rasa dah cukup kot aku pong pang, follower takde pung, rasa kena kerap merantau ni, hehe, blog dlu boleh tahan, ni buat blog sekadar nak kongsi, mana tau org lain pun ada problem mcm aku, adioss, Salam Maal Hijrah

p/s: aku ada nota kaki untuk dia, tu pun kalau dia baca, tapi aku confirm dia x tahu lah blog aku, hehe. Saya doakan awak bahagia. Awak bertemu dgn wanita syurga awak, yang mampu lahirkan anak2 awak tanpa mengira penat lelah. Yg ikhlas cintakan dan sayangkan awak kerana Allah Taala. Yg mana kasih sayang dia tiada batas, tiada tandingan antara wanita2 lain. Semoga Allah mengampunkan dosa2 awak, dosa2 kita yg lalu. Semoga Allah menjaga awak, dan memberi hidayah kpd awk. InsyaAllah, bertemu kita di syurga nanti. Ameen.

Nov 1, 2012

Hey November

Bismillahirahmanirrahim..assalamualaikum, aku baru siap edit blog aku, nampak matang x? wakaka, hari ni mlm jumaat, da masuk 2.11, means dah makin dekat aku dgn exam, tgh syok2 layang nasyid, mohon aku share ini, for me and for you

Dear November, please be good to me. Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
''astaghfirullah'' for my PAST. ''alhamdulillah'' for my PRESENT. And ''insya-Allah'' for my FUTURE. :)

Kadangkala ALLAH menjauhkan seseorang itu daripada hidup kita atas sebab untuk melindungi hati kita, jadi berhenti mengejarnya :)


Setiap bait tulis yg aku copy and paste kat atas beri aku ilham, new spirit, aku mula redha, aku mula yakin, dan aku mula mencari sebab mengapa Allah hadirkan cinta 'kejap' tu dalam hidup aku, thanks Allah, i LOVE u~

actually, aku ada karang satu puisi, nanti aku update lagi, salam.

Oct 30, 2012

Saya Baru!

Assalamualaikum, alhamdulillah dah hampir beberapa bulan aku membawa diri. Maklumlah mencari ketenangan, tapi sekarang pun x benar2 tenang yg aku dambakan. Tujuan blog aku ni bukan nk cerita apa-apa dah pasal aku, cuma aku nak share apa2 yg aku rasa berguna, dan boleh wat org tergerak hati, celik hati. So di kesempatan ini, aku x publickan blog aku, hanya kwn republic n membe2 rapat je, eh panjang plak. Da pukul 3, aku kena off~ adioss~salam