Feb 2, 2013

Syurga Seorang Isteri

Assalamualaikum Ya Habibi Ya Maulana, alhamdulillah masih lagi panjang umur untuk jejariku menari-nari di atas keyboard ni :P

Today topic is Syurga Seorang Isteri. Bukan gapo pun, aku baru lepas tengok drama ni kat tv3, tengok sorang-sorang, lepas tu nk menitis plak air  mata #hati tisu
Aku tengok drama ni pun dah nak habis sebenarnya, tapi boleh la review cerita ni sikit, alah movie melayu kang, x kang dok pahang starang.

Cerita ni pasal pengorbanan seorang isteri, di lema antara taat pada suami dan parents di kampung. Memang benar bila seorang hawa tu bernikah, hundred percent suami kita. Dosa pahala semua. Sebab syurga seorang isteri dekat suami dia. Kalau dapat si suami yang beriman, soleh, tanggungjawab, faham kehendak kita, okay la dop? If dapat yg suka pukul2, x paham mende kite nok, guane?

Sebab tu Islam menitik beratkan memilih calon, sebab tu ada merisik. Risik ni bukan main ambik terjah je anak dara orang. Lelaki pun kena merisik bakal bini dia, dah kalau mamat berkenan pada minah, dok leh main tangkap muat terus nak je. Si mamat kena kenal betol2 si minah, ayat-ayat cinta dari si minah dok janji nape2 pun.

Kalau bagi si hawa plop, mesti takut dih nak pilih bakal suami. Kita kena taat kat dia, kalau suami x izin balik rumah mak, x leh kelik, nanti dosa plop. Memang banyak sebab kenapa Allah buat semua ni. Kita guna akal, pikir.
Islam amat mementingkan bagi kaum-kaum wanita pilih suami yg baik, agam ada. Semua flow jalan. Zaman sekarang x leh tengok agama jugak, kang boleh je menyamar jadi alim2 kucing. Kita risik bakal suami kita, tengok keturunan.
Orang yang baik keturunan ni, elok-elok je. Sebab tu Allah melarang zina.


Lepas dirisik belake pasal dia, tanya hati kita, betul dok aku suka dia. Nak ke dia sehidup semati dengan aku? Kalau ditakdirkan aku mati kelak, ada ke doa dia hadiahkan untuk aku?

Next step, Istikharah. Aku dah banyak kali dok ulang-ulang. Tenang. Damai x terucap di bibir.
Istikharah ni bukan tanya pada Tuhan, tapi berserah. Allah Yang Maha Mengetahui future, Allah Tahu segala-galanya pasal bakal suami kita tu. Tanya Allah, Dia ada jawapan. Dan InsyaAllah jalan keluar nanti terang benderang Tuhan tunjuk.

Istikharah ni bukan datang dalam bentuk mimpi, kadang-kadang dari ketenangan hati. Kalau berasa berat je nk terima, ade la tu Allah bagi petunjuk. Allah, indah sungguh agamaMu. Wallhualam :)






"Benar,Syurga isteri dibawah tapak kaki 

suami tapi suami harus menjadi insan bukan

 syaitan"


Feb 1, 2013

Doa..


"Aku kena minta doa cenggini kot hari-hari"

Apa itu UJIAN?

As salam! Bertemu kita hari ini utk.......zzzzzzz
lamo doh sero ambo x belebel dale nih, sambil2 tunggu abah nk jemaah Isyak, jom review segala ujian Allah lontarkan kat kita.

Setiap orang di uji dengan cara yg berbeza, sebab kemampuan or kelebihan tu Allah bg cara berbeza. Maka berbeza juga cara Allah uji. Kenapa Allah uji kita? Sebab nak jadi KUAT!
Hidayah Allah tu indah, Allah hadirkan segala hidayah dalam bentuk ujian, anda sedar atau tidak?

Contohlah, hari2 kita mengaji Al-Quran, solat x pernah tinggal, tapi kenapa jiwa kita still gundah? Kenapa hati kita x tenang? Adalah tu benda yg buat Allah murka, kita x sedar.
Maka dengan itu Allah uji, Dia bagi kita nikmat macam2, lepas tu Dia tarik balik, for sure lah meroyan kejap, benda sayang kot, lama2 cuba tarbiyah diri, benda ni x kan jadi dgn sia2, Allah x kan jadikannya tanpa hikmah. Allah, terapi sungguh perancanganMu.

And kena ingat, ujian tu bukan ujian cinta, ujian hati semata, putus pakwe, cerai suami, no no, ada ujian lain. Ujian juga ada yang baik dan buruk.
Kita sebagai hamba Allah hendaklah pikir balik bakpo Allah wat gini ko aku?
Kadang-kadang rasa x kuat, rasa mcm emmm, aku ni mampu ke? Kenapa Allah uji aku? Kenapa Allah x bahagiakan terus aku?
Benda yang baik x kan jadi gitu aje, kita kena lalu segala selok belok.

Percayalah, benda baik akan jadi, x mestinya jadi terus, esok lusa pun boleh, tahun depan pun.
Allah Maha Tahu apa yang kita nak, Maha Tahu hati kita, berdoalah.
Tidak rugi utk seseorang berdoa, sbb dgn Allah lah kita bergantung segala harapan, Dia Maha Mengetahui future kita =)

GOOD THINGS COME TO THOSE WHO WAIT

Jan 26, 2013

Ahlan Wasahlan 2013

Assalam, hai korang? jumpa lagi, mcm la ada org baca blog aku, huhu, rasanya baru bulan Januari 2013, so x terlambat lagi aku nk welcome2, kih3. Perjalanan hidup aku mula indah sebab aku dah jumpa jalan keluar. And you know! Rasa tenang bangat =)

Kenapa Allah uji kita?
Pernah terfikir x kenapa kita? Bukan org lain? Tu maksudnya Allah sayang kita, kadang2 rasa sedih menjengah hati, Allah bagi mcm2 kat kita, family yg elok agamanya, pendidikan, keperluan, semuanya lebih dari lengkap. Kalau kita dilahirkan di Palestin sana, apakah nasib kita hari ni? Adakah kita mengejar syahid? Atau wat derkk  je?

Allah uji hambaNya berlainan ujian, sebab kekuatan hambaNya lain2. Aku dulu x pernah langsung terfikir di uji gini, tapi bila dah kena uji, dah rasa sakit mcm2, give up! Aku pikir balik apa pernah aku buat? Kenapa Allah uji aku? Allah..sungguh hebat perancanganMu!

Boleh nk dikatakan setiap kali diuji, setiap kali tu aku gagal. Gagal menghunus duri. Sebab asalnya aku bukan gitu. Doa tu benar senjata, jangan lupa doa setiap kali solat, doa tu bukan main ikut hati je. Kena paham, hayati barulah Allah makbulkan! Aku ni kalau boleh malas dah nk fikir benda sama byk kali, tapi kalau Allah x bagi aku fikir benda tu, aku takut makin aku jauh dgn Allah. So aku aku rasa 'benda' tu membantu aku. Bantu aku utk terus mengingati dan mencintai penciptaku.

And 2013! Aku harap kau adalah kemuncak tahun perubahan aku dari zaman jahiliah hingga hidayah, aku harap kau merupakan platform utk aku terus menerus mengangkat diri aku ke darjat lebih tinggi.


Wahai Tuhan pemilik segala cinta, hadirkanlah sesorang yang cintakanMu lebih dari apa pun dan mencintai aku seadanya dengan ikhlas. Ameen Ya Rabb.

Dec 2, 2012

1434 Hijrah!

Alhamdulillah., syukur setinggi tinggi syukur kpd hadrat Illahi, yg masih mahu meminjam nyawa dan oksigen kpd aku. Aku rasa dah tiba aku menghamburkan segala rasa, segala duka,  

 AKU KENA MOVE ON!

Actually semalam aku balik dr bicara selebriti kat KB, Ustaz Azhar pun ada okay :)
Dan ini memantapkan aku lagi untuk berubah, tahun hijrah, tahun baru Islam, kalu dah tiap2 tahun g tahun baru, azam aku dah ada, cuma tinggal aku nk wat atau tak kan?
Susah, susah sangat, tapi apa salahnya mencuba kan?

Sebab aku takut, bila nyawa di ambil nanti, Allah tanya aku apa aku wat atas dunia? Apa aku nk jawab? Rasa mcm x cukup lagi amalan, Allah, aku x sanggup, diri ini hina sangat, dosa banyak, erm...

Tahun Hijrah 1434! Ini list aku, rasanya x terlambat lagi aku nk ucap kan?

  • Aku nak usaha sebaik mungkin menjadi wanita idaman lelaki soleh, agama kena lengkap, biar muka x lawa. And aku rasa menyesal sangat2 sebab aku lambat sedar, sedar aku patotnya pakai tudung labuh. Sebab segala jenis asset yg ada dekat aku ini untuk husband aku nanti. Better late than never right? So sekarang, aku tengah usha2 tudung2 yg ada. Moga di buka pintu hati untuk betol2 ke arah itu. :)

  • And aku rasa mcm x cukup lengkap lagi segala ilmu, rasa mcm nk tadah byk2, nak tau semua. Sebab dulu aku xde ilmu jadi terjebak pelik2. Astargfirullahalazim. Kena banyak upgrade iman, lagi2 nk jadi bakal isteri. Untungkan mane2 lelaki dapat isteri solehah, pahala byk, dosa kurang. Wallualam.

  • Cinta? Haa, part ni paling kriktikal dlm hidup aku sekarang, setelah 9 bulan  berhempas pulas, bermuram durja. Seri kat wajah pun hilang, Allah gantikan rasa sakit bertalu2. Tapi aku tahu akan ada sinar yg benar bahagia di sebalik rasa sakit ini. Sakit sebab ape? Sebab aku ikhlas, sangat ikhlas. Sampai aku rasa aku tak layak, dia jauh lebih better dari aku. Mana mungkin gagak dengan enggang bersatu. Lama2 aku mula sedar, sehebat mana cinta manusia, x sehebat cinta Allah pada manusia. Jadi aku berhenti mengejar cinta manusia, aku nak kejar cinta Allah. Cinta halal. Khusyuk. Tenang. 
     
    Aku yakin setiap jodoh itu Allah sudah tentukan, cuma Allah tengah sembunyikan dia dari aku sbb aku x sedia lagi, Allah hadirkan org yg salah, utk aku belajar apa itu cinta dalam Islam. Apa itu rasa rindu. Rasa jiwa penuh dengan kasih sayang.

  • Cita2? Selepas aku dah godek2 segala cerita, aku korek dari senior, alih2 tinggal setahun setengah lagi nk grad. So now tgh tinjau tempat praktikal, nak terus kerja situ, semoga Allah permudahkan. Dalam kepala aku dah mcm2 rangka masa depan, untuk diri aku, untuk umi abah, and for sure ade contigency planning. Aku harap sangat2 senang nk dapat kerja, well, aku x genius okay. Cousin aku cakap budak akaun gaji beza rm500 dari budak business lain. Buat aku rasa semangat! Jyeaah! 


Aku rasa dah cukup kot aku pong pang, follower takde pung, rasa kena kerap merantau ni, hehe, blog dlu boleh tahan, ni buat blog sekadar nak kongsi, mana tau org lain pun ada problem mcm aku, adioss, Salam Maal Hijrah

p/s: aku ada nota kaki untuk dia, tu pun kalau dia baca, tapi aku confirm dia x tahu lah blog aku, hehe. Saya doakan awak bahagia. Awak bertemu dgn wanita syurga awak, yang mampu lahirkan anak2 awak tanpa mengira penat lelah. Yg ikhlas cintakan dan sayangkan awak kerana Allah Taala. Yg mana kasih sayang dia tiada batas, tiada tandingan antara wanita2 lain. Semoga Allah mengampunkan dosa2 awak, dosa2 kita yg lalu. Semoga Allah menjaga awak, dan memberi hidayah kpd awk. InsyaAllah, bertemu kita di syurga nanti. Ameen.

Nov 1, 2012

Hey November

Bismillahirahmanirrahim..assalamualaikum, aku baru siap edit blog aku, nampak matang x? wakaka, hari ni mlm jumaat, da masuk 2.11, means dah makin dekat aku dgn exam, tgh syok2 layang nasyid, mohon aku share ini, for me and for you

Dear November, please be good to me. Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
''astaghfirullah'' for my PAST. ''alhamdulillah'' for my PRESENT. And ''insya-Allah'' for my FUTURE. :)

Kadangkala ALLAH menjauhkan seseorang itu daripada hidup kita atas sebab untuk melindungi hati kita, jadi berhenti mengejarnya :)


Setiap bait tulis yg aku copy and paste kat atas beri aku ilham, new spirit, aku mula redha, aku mula yakin, dan aku mula mencari sebab mengapa Allah hadirkan cinta 'kejap' tu dalam hidup aku, thanks Allah, i LOVE u~

actually, aku ada karang satu puisi, nanti aku update lagi, salam.

Oct 30, 2012

Saya Baru!

Assalamualaikum, alhamdulillah dah hampir beberapa bulan aku membawa diri. Maklumlah mencari ketenangan, tapi sekarang pun x benar2 tenang yg aku dambakan. Tujuan blog aku ni bukan nk cerita apa-apa dah pasal aku, cuma aku nak share apa2 yg aku rasa berguna, dan boleh wat org tergerak hati, celik hati. So di kesempatan ini, aku x publickan blog aku, hanya kwn republic n membe2 rapat je, eh panjang plak. Da pukul 3, aku kena off~ adioss~salam